Menurut Dr. Zubaidah Ya'cob, Pensyarah Kanan Vektor Entomologi dan Penyakit Berjangkit Bawaan Vektor di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC), Universiti Malaya (UM), kutu serta beberapa jenis serangga di persekitaran boleh bertindak sebagai vektor penyebar penyakit berjangkit yang serius. Ambillah langkah berjaga-jaga dan ketahui kaedah pencegahan yang berkesan untuk melindungi diri,
keluarga dan haiwan peliharaan daripada risiko jangkitan.