Sars-Cov-2
Projek penjujukan genom virus SARS-CoV-2 masih dijalankan di TIDREC. Lebih daripada 3,000 sampel daripada negeri-negeri terutamanya Kedah, Perlis, Kelantan dan Selangor telah diterima dan diproses di TIDREC bermula dari tahun 2021. Setakat ini, keputusan saringan mendapati lebih daripada 2100 genom virus SARS-CoV-2 yang lengkap telah dijana. Data genom yang dijana termasuk Varian OMICRON JN.1, JN.1.5, and EG.5.1.1 lineages telah dikesan pada sampel yang diterima pada tahun 2024. Data yang berkaitan telah dilsalurkan ke GISAID untuk kepentingan surveilan global.
Virus Influenza
Dalam projek biosurveilan, sampel daripada negeri-negeri terutamanya Kelantan dan Selangor telah diterima dan diproses di TIDREC bagi tahun 2022-2024. Keputusan saringan mendapati kedua-dua Influenza A dan B telah dikesan dalam sampel tersebut. Jujukan untuk sample pada tahun 2024 terdapat hanya Influenza A, H3N2 yang didapati dan genomnya telah dijujuk. Pada masa kini, hampir 50 genom virus Influenza yang lengkap termasuk 346 urutan gene telah dijana. Data yang berkaitan telah disalurkan ke GISAID untuk tujuan biosurveilan global.
Virus Denggi
Dalam projek biosurveilan, sampel daripada beberapa negeri terutamanya 2 Kelantan dan Selangor telah diterima dan diproses di TIDREC bagi tahun 2023 dan 2024. Keputusan saringan and jujukan genom mendapati virus denggi serotip-2 (DENV-2) dan DENV-4 telah dikesan dalam sampel dari Selangor. Untuk Kelantan, DENV-4, DENV-2 dan DENV-1 telah dikenal pasti. Jujukan genom penuh bagi DENV untuk tahun 2024 telah dijalankan dan data yang berkaitan telah disalurkan ke GISAID untuk tujuan biosurveilan global