TIDREC menerima delegasi daripada Public Health Division, Defense Health Agency (DHA), U.S. Department of Defense
TIDREC telah menerima lawatan rasmi delegasi daripada Public Health Division, Defense Health Agency (DHA), U.S. Department of Defense pada 16 April 2024. Delegasi berjumlah 9 orang ini telah diketuai oleh Pengarah Public Health DHA, Rear Admiral Brandon L Taylor. Delegasi turut disertai oleh Pegawai Pemerintah daripada U.S. Naval Medical Research Unit Indo Pacific, CAPT Jonathan Stahl. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Ir. Dr. Kaharudin Dimyati telah berbesar hati untuk mempengerusikan majlis menerima lawatan ini yang bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Bangunan HIR. Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi kolaborasi penyelidikan di antara kedua-dua institusi dari dua buah negara ini yang telahpun berlangsung sejak tahun 2009 lagi. Lawatan turut melibatkan perbincangan untuk meningkatkan lagi kolaborasi penyelidikan ke tahap lebih tinggi. Delegasi turut dibawa melihat fasiliti makmal penyelidikan yang berada di TIDREC.